Memberi dan menjawab salam diantara sesama muslim merupakan hak yang tidak patut dipandang enteng , kerana ianya satu jalan mencetuskan persaudaraan dan perpaduan , disamping ia merupakan syariat dan cara hidup orang mukmin.Oleh itu apabila bertemu sesama Islam hendaklah saling memberi dan menjawab salam.
Imam muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah R.A bahawa rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Hak seorang muslim kepada muslim lainnya ada enam perkara :
1. Apabila engkau bertemu dengannya , ucapkanlah salam
2. Apabila ia mengundangmu maka kabulkanlah
3. Apabila ia mint nasihat darimu , hendaklah kemu menasihatinya
4. Apabila ia bersin lau mengucapkan " Alhamdulillah " ,maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah".
5. Apabila dia sakit hendaklah kamu menziarahinya
6. Apabila ia mati , hendaklah kamu hantarkan jenazahnya ke Kuburnya.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman , dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang . Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang antara satu sama lain ? iaitu sebarkanlah salam antara kamu. ( Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah R.A )
Dari Abu Yusuf Abdullah bin salam R.A , Katanya , aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda , maksudnya : Wahai sekalian manusia , Tebarkanlah salam , Sentiasalah membuat jamuna makan , Sambunglah silaturrahim , Solatlah ketika manusia sedang tisur ( solat sunat tahajjud ) , nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera ( Riwayat At-Tirmizi : Hadis Hasan )

Sekadar renungan buat diri sendiri dan para sahabat.Setakat mana hak seorang muslim telah kita laksanakan selaras dengan perintah rasul.Situasi sekarang....kita hanya memberi salam pada orang yang kita kenali sahaja. Muslim yang kita tidak kenali , kalimah salam amat berat untuk dilontarkan dan seolah-olah mulut kita terkunci rapat.Jelas salam kita bukan penyambung ukhuwwah dan pengikat persaudaraan tapi lebih kepada pembuka bicara penerus kata-kata.ini seolah-olah kita tidak mengaplikasi konsep " sesungguhnya mukmin itu bersaudara " Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati dan gerbang hidayahnya kepada kita semua....Amin.