Diceritakan pada suatu malam , seorang raja bernama Ibrahim Adham , sedang berehat dan bersenang-senang di tilam empuk di istananya sementara menunggu melelapkan mata.Tiba-tiba dia terdengar bunyi menunjukkkan sesuatu bergerak-gerak di atas siling istananya.makin lama , makin jelas.
"Siapa diatas tu?" Bentak Ibrahim Adham."Saya pengembala kambing," sahut suara dari atas menjawab dengan jelas."Apa yang kau buat di atas atap istanaku ?".Tanya raja lagi."Aku mencari kambingku yang hilang". Jawab suara itu. " Cis , pelik sungguh!Masuk akalkah bahawa kau mencari kambing yang hilang di atas atap istanaku ?". Dengan tegas suara itu menjawab " Begitulah wahai Ibrahim...adalah pelik kalau kau inginkan keredhaan Allah hanya dengan bersenang-senang di atas tilammu yang empuk itu ? itu sama saja dengan mencari kambing yang hilang atas atap.
Selepas insiden itu raja Ibrahim Adhan tersedar daripada kelalaiannya .Suara itu telah menyentak kelalaiannya dalam buaian nikmat sebagai seorang raja , tanpa memikirkan kesusahan rakyat.
Tidak lama selepas itu , baginda menyerahkan takhta kerajaannya kepada orang kepercayaanya manakala baginda sendiri mula mengembara mencari ilmu dan bermujahadah sebagai seorang sufi.Bertahun-tahun baginda berjuang mendidik diri , darjat ketakwaansemakin meningkat hingga terkenallah baginda seorang waliyullah yang tersohor.
Kesimpulannya , dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi pelaku maksiat.Tidak ada jalan mudah untuk mencari keredhaan Allah.Sesungghunya syurga sentiasa dipagari oleh kesusahan , manakala neraka sentiasa dihiasi dengan kesenangan.Justeru hadapilah kesusahan yang sementara di dunia demi kesenangan yang abadi di syurga.........Wallahua'lam....
2 ulasan:
-
Waalaikumussalam Wbt.....
syukran... erakita... yang masih sempat menjeguk blog sy ni.kisah ini sekadar renungan dan muhasabah terutama untuk diri sendiri yang kerap kali alpa kepada Allah.Sekali lagi terima kasih...mudah-mudahan Blog yang nampak indah ini bukan setakat cantik dipandang akan tetapi lebih penting pengisian di dalamnya yang mampu memberi peringatan dikala lupa dan lalai....Syukran.
Asssalamu'alaykum wbt,
Allahhu Akhbar! Terasa benar kelalaian diri ini kepada Allah SWT. Kisah-kisah seumpama ini berkesan untuk muhasabah diri. ERAKITA ucapkan tahniah atas blog anta yang makin indah dan bertenaga. Teruskan perjuangan.
Wassalam