Selamat hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh tanah air." Guru Pembina Negara bangsa" Sungguh besar amanah dan tanggunggjawab sebagai pendidik.Teringat pulak pada lagu "Guru Malaysia " pada rangkap terakhir " Amanah yang diberi , kami tak persiakan , apa yang kami janji , tunai tetap kami tunaikan......." Sungguh manis ucapan janji yang telah diucapkan.Namun adakah benar-benar kita kita telah melaksanakan janji-janji dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke bahu kita ?
Bersempena hari guru pada tahun ini , marilah kita sama-sama untuk cuba melempar jauh-jauh tohmahan beberapa pihak yang menuduh guru sebagai " guru 25 haribulan ".rasanya sungguh hina tuduhan yang dilemparkan.mungkin ada benarnya.Cuma yang bersalah sahaja akan mengakui kebenarannya.Jangan cepat melatah , malah cuba sedaya upaya betulkan segala persepsi buruk bukan sahaja dengan ikrar dan janji bahkan apa yang paling penting adalah pembuktian dengan perbuatan dan hasil tugasan kita yang dapat membanggakan semua pihak.
Berbalik kepada tugas sebagai guru , perlu dijelaskan disini Guru bukan sahaja pengajar malah lebih kepada pendidik.Bila disebut "pendidik" , peranannya lebih luas dan mencabar.Bila disebut " pengajar " istilah inilah yang akan mencetuskan gelaran " guru 25 haribulan ".
Bila istilah " pengajar " digunakan maka kaedahnya adalah memberitahu , menanamkan , menyampaikan , mengajar dan pelbagai lagi kalimah yang boleh diguna pakai.manakala " mendidik " pula adalah berbeza dengan mengajar.Kaedah yang digunakan adalah mengajak , mendorong , membimbing dan memantau disamping mengajar. Sebagai contoh "mengajar" murid sembahyang ialah dengan menyampaikan ilmunya tentang sah , batal , rukun dan syaratnya.hasilnya pelajar kita tahu sembahyang.Manakala "mendidik" pula lebih kepada mengajak.Kita ajak pelajar bersama-sama sembahyang dengan kita.Kita jadi role modelnya.Jika mereka malas kita mendorongnya dan jika salah kita membetulkannya.hasilnya , pelajar akan mahu sembahyang. maksudnya , Bukan sahaja perlu pelajar tahu sembahyang bahkan kita mesti lahirkan pelajar yang mahu sembahyang......contoh sahaja....
Mendidik manusia memang begitu , mula-mula paksa dulu , lama-lama insyALLah timbul rela.Alah bisa tegal biasa.itulah prinsip mendidik.Pertama menyampaikan , kedua membimbing dan ketiga memantau.Jika belum berkesan , tingkatkan dorongan.Jika belum berjaya juga baru gunakan hukuman.Paksa. bahkan dibolehkan memukul , bukan untuk menyakiti tetapi mendidik. Itu ajaran Rasulullah S.A.W. Sunnah dan ajaran rasul memang berkesan sekiranya betul-betul digunakan mengikut kaedah yang telah digariskan.Apa yang menjadi masalah kita menggunakan kaedah yang selalu berlawanan dengan apa yang rasulullah ajar.maka lahirlah hasil yang bagus akademiknya akan teatpi hancur dari aspek sahsiah , peradaban dan pengabdian diri kepada Allah. Tidak hairanlah subjek pendidikan islam SPM dapat "A+" namun tidak tahu pun cara nak sembahyang.Sekiranya disuruh Nyatakan rukun sembahyang, satu persatu dapat disenaraikan.Dan tidak dapat dinafikan juga , kita akan berbangga dengan pencapaian tersebut walaupun kita sendiri sebenarnya telah tertipu dengan bayangan " A+" yang tertera pada slip peperiksaan.
Berbalik kepada profesyen perguruan , Guru dilihat tidak menarik dari segi ganjaran.Ganjarannya masih dibelakang dibidang-bidang yang lain yang lebih hebat seperti jurutera , akauntan dan doktor... Sedangkan tanggungjawab , peranan dan tugasnya amat berat.Walaupun begitu , pendidik tetap mempunyai keistimewaan yang tersendiri .Apakah keistimewaan itu ? Jawapannya .......Ilmu....
Ilmu adalah amal jariah .pahalanya berterusan selepas kematian.Pendidik adalah tugas yang paling dekat dengan rasul.Kerana dia mendidik modal yang paling berharga – modal insan.Jurutera hanya berdepan dengan mesin dan alat-alat teknologi tetapi pendidik berdepan dengan sikap dan peribadi pelajar itu sendiri.Doktor hanya menangani penyakit lahiriah namun pendidik menangani penyakit rohani.jangan fikir soal ganjaran dan gaji yang kecil.Orang lain boleh fikir soal ganjaran namun tidak wajar bagi seorang pendidik memikirkan soal begitu.inilah yang membezakan pendidik dan pengajar.pendidik seharusnya memandang tinggi profesyennya sendiri.Jangan kesal kalau diri tidak dihargai tetapi kesalnya kalau diri benar-benar tidak berharga.Maksudnya pendidik mesti memiliki harga diri yang tinggi.Dengan ini barulah mereka boleh berjaya mendidik.Ganjaran pahala bukan sekadar laba.Penilaian Allah bukan hanya penilaian manusia.Jika tidak pendidik hanya akan mengajar.hasilnya pelajar hanya tahu ..
tetapi tidak sedar....
tetapi tidak sedar....
Ahir sekali ...... Selamat Hari Guru .... pada semua warga pendidik..... Terutama kepada semua Guru-guru ku di SMU ( A ) Al-Diniah Bukit Mas , SMU (A) al-Ihsan Tanah Merah , SMU (A) KK Tanah Merah , Kolej Islam Sultan Alam Shah ( KISAS ) , UKM , MPI dan rakan sejawat di SMK Nambayan , Tambunan.....
Marilah kita sama-sama bertekad menjadi " Guru pembina negara bangsa " yang betul - betul akan melahirkan produk-produk yang akan membanggakan Agama dan bangsa yang seterusnya akan selamat " FIDDAARAINI".Niat yang ikhlas dari pendidik .............................akan melahirkan " FITYATUN AAMANU BIRABBIHIM "
Syukran...... Kelemahan dan kekurangan harap dibetulkan , kelebihan dan kebaikan mohon diamal dan disebarkan....wallahua'lam.