Bulan lepas , heboh di media tentang senarai jutawan baru di Malaysia yang mempunyai harta berbillion-billion.Hebat , cemerlang , berjaya dan mendapat tepukan gemuruh semesta alam.semua makhluk meluahkan kekaguman dan ketakjuban sehingga lupa pada yang Maha kaya.Tangan ditepuk , mulut memuji , akal berbangga dan nafsu ketawa terbahak-bahak.bagi jutawan muslim, Syukur sekiranya , duit itu dibelanjakan pada jalan yang betul dan bermanfaat kepada umat islam.Kalau tidak Waalahua'lam.kerana apabila meninggal dunia seseorang anak adam terputus segala amalannya kecuali tiga perkara ,
1. sedekah jariah 2.amalan soleh semasa di dunia dan 3.anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.
cuma kita risau tentang " istidraj " daripada Allah yang akan terus melalaikan dan menjerumuskan ke lembah " penderhakaan kepada Allah " .Sebagai umat islam sekiranya diberi kemewahan dunia oleh Allah , ianya adalah pemberian yang mesti disyukuri , tapi apa yang paling penting , kekayaan di akhirat.oleh sebab itu perlu berusaha keras ( beramal ) bermula sekarang agar kita akan dinobatkan sebagai "millionare" oleh Allah di negeri akirat yang kekal abadi. kekayaan kita akan diwar-warkan oleh Allah melalui media akhirat.
Paling beruntung , mendapat buku akaun simpanan ( amalan ) dengan tangan kanan. pada masa itu kita akan dipandang mulia oleh Allah berbeza dengan millionare di dunia yang hanya mendapat pujian sesama makhluk , tetapi belum tentu mendapat pujian dari Allah.teringat juga firman Allah dalam surah al-alaq , ayat 6-7 yang bermaksud :
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau Yang sewajibnya),Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa Yang dihajatinya.
Dalam mencari kekayaan juga , perlu ketelitian dalam aspek halal dan haram.sumber haram jelas haram.sumber halal boleh juga menjelma menjadi haram sekiranya prosedur halal tadi tidak diikuti.
Dari Anas bin Malik R.A , rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada tiga perkara yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya , hartanya dan amalannya. Dua diantaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal bersamanya.keluaraga dan harta akan kembali , sedangkan amalannya akan tetap setia bersamanya ( hadis riwayat Bukhari & Muslim )
harta walaupun seluas isi dunia sekalipun akan ditinggalkan dan tidak akan menemani kita di kegelapan kubur , akan tetapi amalan soleh akan sentiasa setia bersama kita walaupun sebesar zarah.
Tepuk dada , tanya iman , bukan nafsu , teman yang bagaimana perlu dicari bagi menjadi sahabat yang akan bersama-sama kita disaat kita keseorangan , disaat kita memerlukan bantuan , disaat kita kegelapan .........
daripada abu Barzah Nadhlah bin Ubaid al-aslami R.A berkata ,Sabda nabi Muhammmad S.A.W yang bermaksud : Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba ( di hadapan Allah pada hari kiamat ) sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya , kemana dia habiskannya , akan ditanya tentang ilmunya , untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya , dari mana ia mendapatnya dan untuk apa dibelanjakannya , dan akan ditanya tentang tubuh badannya , untuk apa digunakannya ( hadis riwayat at-turmuzi )
Dengan kata lain, makin banyak harta yang kita ada makin lama kita akan bersoal jawab dan ditanya oleh Allah S.W.T. Beruntunglah bagi mereka yang miskin , memang di dunia rasa terhina , namun diadili dengan cepat oleh Allah di akhirat lantaran tidak perlu banyak menjawab berkenaan harta.
Wallahua'lam.......