Hari ini 4 Mac 2010 ( KHAMIS ) telah diadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul peringkat Daerah Tambunan , Sabah bertemakan " memantap ukhuwwah , memperkasa ummah ". Majlis dimulai dengan perarakan dari kompleks sukan Daerah Tambunan ke Dewan masyarakat Daerah Tambunan.Sebanyak 15 kontinjen telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.Di Dewan Masyarakat pula pelbagai pertandingan telah diatur oleh pihak penganjur seperti Festival Nasyid , marhaban , Kompang selawat ,pertandingan sepanduk.majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato' Hj Sairin bin Hj Karno , Adun Liawan merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Luar bandar sabah.Sambutan juga amat menggalakkan. Penyertaan dari badan-badan kerajaan , swasta , sekolah-sekolah dan juga masyarakat kampung.SMK Nambayan juga tidak melepaskan peluang menyertai sambutan pada kali ini dengan menghantar kontinjen bagi perarakan dan nasyid. Alhamdulillah Kumpulan Nasyid SMK Nambayan " Hurul Ain " memenangi tempat ketiga dibawah bimbingan ustazah Hasni falina dan Ustazah Melina.Tahniah diucapkan.Terima kasih juga pada Tuan Pengetua , Dr Yusof Jasmin yang turut sama menyertai perarakan pada kali ini. Begitu juga dengan ustaz hairul Nizam dan cikgu Nazidi yang turut sama mewakili SMK Nambayan pada kali ini.InsyaAllah pada hari sabtu ini 6 Mac 2010 , akan diadakan satu lagi Majlis sambutan Maulidurrasul di SMK Tambunan.SMK Nambayan juga akan turut serta menyertai perarakan , Nasyid , sepanduk dan juga kompang Selawat. Kepada semua warga islam Tambunan , terutama para pendidik marilah kita sama-sama memeriahkan majlis ini sekali lagi dan jangan lupa , apa yang lebih penting kita cuba sedaya upaya mengamalkan ajaran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Man ana

Foto saya
tambunan, sabah, Malaysia

Cari Blog Ini

Syahadah

Asmaaul Husna

Mutiara Iman

Takwim Islam

Putaran Masa

Takwim

Al-ulama' warasatul Anbiya'

Al-ulama' warasatul Anbiya'

Tinta Ulama'

Tinta Ulama'
Kata Luqmanul Hakim : Wahai anakku , Janganlah kamu menjadi lebih lemah daripada ayam jantan yang berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau masih lagi terbaring tidur di atas katil...

Dalam kenangan

Dalam kenangan
Al-Fadhil Tuan Guru Us Hj Ahmad Darbi b Lubis

katogeri

Titipan Ukhuwwah


ShoutMix chat widget

Kunjungan Mahabbah

Ashaabi

Blog Archive