Assalamualaikum....

Rasanya masih belum terlambat untuk membuat sedikit coretan berkenaan dengan amalan jahiliah moden yang makin kerap berlaku terutama disekitar tanah air .paling menyedihkan kisah anak remaja kita yang mengandung diluar nikah , melahirkan kemudian membunuh hamba Allah yang tidak berdosa.semakin hari semakin kejam.bermula dengan bayi yang berumur lima bulan diliwat sehingga mati , kemudian bayi dibuang dan digigit serangga sehingga mati dan yang paling kejam, seorang bayi dibuang dan dibakar. Apakah yang selayaknya kita beri gelaran pada makhluk yang sebegini ? Binatang ? syaitan ? Iblis ? atau masih ada gelaran-gelaran yang lebih sesuai untuk kita mahkotakan kepada pembunuh ini ? jika ditanya siapa bersalah , semua menuding jari , tiada yang mengaku. bila ditanya pihak yang diberi kuasa , dengan angkuh dan sombong mereka berkata , sistem kita adalah sistem terbaik dan dijadikan contoh seluruh dunia.Dengan siapa kita mendabik dada sehingga menafikan sistem Allah yang telah mengatur kehidupan kita dengan baik.Bagaimana ? kembalilah pada al-Quran dan As-sunnah. betul , tapi bagaimana ? hayatilah firman Allah dalam surah al-nahl ayat 43 yang bermaksud :

" Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui"

maksudnya disini kita ada tempat untuk merujuk iaitu ulamak.ulamak yang macam mana ? ulamak yang ikhlas kepada Allah , bukan ulama' seperti Bal'am bin Ba'ura' yang telah mendapat penghinaan oleh Allah dalam al-Quran kerana mengejar pangkat dan harta. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A'raf ayat 176 yang bermaksud :

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir"

Ulamak yang ikhlas akan menasihati umara' dalam urusan mengatur kehidupan berdasarkan panduan dari Allah , terutama berkaitan dengan pembentukan generasi atau modal insan yang akan memimpin manusia pada masa depan.sekiranya dilihat pada masa sekarang kita amat takut dengan jelmaan remaja kita seolah-olah tiada lagi rupa bentuk manusia dari segi kerohanian.seolah-olah jasad dipandu oleh makhluk yang teramat ganas dan merbahaya.mat rempit , dadah , buli , rompak , bunuh dan bermacam jenis perlakuan negatif yang menjadi kesukaan remaja sehinggakan mengandung anak luar nikah.pihak berwajib perlu mencari penyelesaian yang bersungguh2 dan bukan sekadar penyelasaian untuk kemenangan peribadi dan politik semata-mata.Kita amat bersetuju dengan pandangan al-Fadhil Ust dato hj Mohd Daud Che Ngah yang tidak bersetuju dengan penubuhan tempat khusus bagi memberi perlindungan kepada anak gadis yang hamil sebelum kahwin.Menurut beliau , cadangan sebegini akan menggalakkan dan menularnya secara langsung wabak atau virus hamil luar nikah.Jadi apa pandangan dan tindakan kita ? sekadar mengalirkan air mata bila melihat bayi dibuang ? sumpah seranah kepada pelakunya ? menyalahkan pihak-pihak tertentu kerana tidak berjaya mentarbiyyah anak bangsa ? apa-apa pun setiap kita mempunyai tugas dan misi masing-masing.mula lah dengan keluarga kita.jangan harapkan orang lain mentarbiyyah anak dan saudara kita.jikalau setiap orang dapat memulakan proses ini dirumah atas rasa tanggungjawab , sudah pasti kes-kes sebegini dapat dikurangkan.Percaya atau tidak sama-sama kita praktikkan. Wallahua'lam

berikut monolog anak kecil yang saya petik dari blog Ibnuhadiabu.blogspot (Travelog Hidayah )untuk tatapan kita bersama.

Terima kasih kerana melahirkan saya ke dunia, melihat alam maya ini walau buat seketika. Melihat cerlang langit dan pancaran mataharinya.

Terima kasih juga kerana memberikan peluang untuk menghirup udara segar dan bernafas ceria dibumi tuhan ini.

Jeritan kecil saya memecah suasana sekejap cuma, meneriakkan kegembiraan diri dan kesyukuran, syukurnya dilahirkan sempurna oleh seorang ibu yang sanggup berpantang ajal demi kewujudan saya.

Saya sayang ibu dan ayah. Ibu dan ayah adalah sumber inspirasi hidup saya.

Ayah dan ibulah permulaan saya, kurnia tuhan menjemput ceria jiwa kecil saya. Saya berjanji ayah dan ibu , engkau berdua akan saya hormat dan sanjungi sepanjang langkah hidup saya.

Berikan peluang saya menghormatimu, menyanjungmu dan berkorban demi melihat dikau ceria suatu hari nanti.

Ya allah, lindungilah kedua manusia ini yang menghantarku kedunia ini.

Selamatkanlah mereka, selama-lamanya ……


Tapi kini kedinginan menyelubungi diri kecil ini, mana hangat badan ibu menyelimut saya. Dimana tangan ibu menepuk mesra tubuh kerdil ini. Saya kehausan.

Saya dahagakan kasih ibu menyentuh tubuh saya, menyuapkan setiap nadi nafas saya dengan aliran cinta sayangmu.Tapi mana ibu ??

Mana suara ayah mendodoikan azan pertama ketelinga saya, mana tangan gagahnya memangku saya dan menjulang acah ceria menyambut kehadiran saya.

Saya ditinggal keseorangan. Dibalut pekat malam yang mendinginkan.

Ditemani sedikit unggas malam yang menyanyikan lagu sedih. Kejamnya malam ini, sang nyamuk dan titis embun menyakitkan saya.

Mungkin semut lebih menyayangi

Saya kesakitan, ibu… datanglah selamatkan saya. Tepislah nyamuk besar ini. Dia mengigit saya. Cebisan kain buruk ini tak mampu menutup lindung seluruh badan saya.

Ibu…ayah…. Tolong saya. Saya lihat ada semut gila datang. Dia diatas telinga kiri saya. Dia memanggil bondongan kawanya. Koloni semut sedang menghampiri saya.
Ibu… Mereka gigit saya. Ibu… saya sejuk…., ibu saya haus, ibu saya sakit.

Saya menangis.

Jeritan saya ditengah malam tiada yang mendengarnya.Pedihnya amat.

Gigitan serangga tidak sepedih kehilangan ibu dan ayah.

Saya mahukan ibu…. Saya rindukan ayah.

Jangan tinggalkan saya disini. Ampunkan saya jika saya bersalah.

Oh, tuhan, ampunkanlah dosa hamba kecilmu ini.

p.s : hiba hati menulis entry ini, bersama lagu ayah dan ibu nyanyian sudirman yang saya sengaja pasang, ia menusuk hati dan perasaan. Apalah malangnya nasib anak kecil ini.

Terima kasih buat para warga yang merayakan Valentime. Terima kasih atas hadiah anda buat alam ini.

dari : ibnuhadiabu.blogspot ( travelog hidayah )

0 ulasan:

Catat Ulasan

Man ana

Foto saya
tambunan, sabah, Malaysia

Cari Blog Ini

Syahadah

Asmaaul Husna

Mutiara Iman

Takwim Islam

Putaran Masa

Takwim

Al-ulama' warasatul Anbiya'

Al-ulama' warasatul Anbiya'

Tinta Ulama'

Tinta Ulama'
Kata Luqmanul Hakim : Wahai anakku , Janganlah kamu menjadi lebih lemah daripada ayam jantan yang berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau masih lagi terbaring tidur di atas katil...

Dalam kenangan

Dalam kenangan
Al-Fadhil Tuan Guru Us Hj Ahmad Darbi b Lubis

katogeri

Titipan Ukhuwwah


ShoutMix chat widget

Kunjungan Mahabbah

Ashaabi

Blog Archive