Nabi bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik yang bermaksud : Tatkala Allah menciptakan bumi , maka bumi pun bergetar.Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan padanya ,ternyata bumi pun diam.Para malaikat pun hairan dengan penciptaan gunung tersebut.Kemudian mereka pun bertanya : Ya Rabbi,adakah sesuatu yang engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung ?
Allah menjawab : ada , iaitu besi ( kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh jentera yang ternyata dibuat dari besi.
Para malaikat pun kembali bertanya : Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanmu yang lebih hebat daripada besi ? Allah S.W.T menjawab : ada , iaitu api ( besi boleh menjadi cair bahkan mendidih bila dibakar dengan api )
Malaikat kembali bertanya : Ya Rabbi , adakah penciptaanmu yang lebih hebat daripada api ? Allah Yang Maha Besar menjawab : Ada.iaitu air ( api yang membara dapat dipadam dengan simbahan air )
Malaikat meneruskan pertanyannya : Ya Rabbi , adakah penciptaanmu yang lebih hebat daripada air ? Allah Yang maha agung menjawab : ada . iaitu angin ( air di lautan akan berombak bila ditiup angin , rumah , bangunan dan segala apa yang ada akan turut musnah bila ditiup angin yang kuat )
Akhirnya Malaikat bertanya lagi: Ya Rabbi , adakah penciptaanmu yang lebih hebat daripada angin ? Allah yang maha perkasa menjawab : ada .iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya , sementara tangan kirinya tidak mengetahui ( Riwayat al-Tirmizi )
Walau sebesar bumi ,setinggi gunung ,Sepanas api , sekuat angin , sehebat air namun keikhlasan hati manusia dalam melakukan ibadah seperti amalan sedekah mengatasi segala-galanya.kehebatan itu akan terserlah sekiranya dihiasi dengan keikhlasan.Tanpa keikhlasan , amalan akan menjadi lebih kecil dari bumi , lebih rendah dari gunung ,lebih sejuk berbanding api dan lebih teruk lagi amalan menjadi sia-sia , rugi bahkan mendapat penghinaan dari Allah S.W.T .
Wallahua'lam........