Hari ini 26 januari 2010 , bertempat di Pusat Kegiatan Guru Daerah Tambunan, telah diadakan satu mesyuarat ko-kurikulum Pendidikan Islam bagi membincangkan perlaksanaan MTQ peringkat daerah yang melibatkan Guru-guru Pendidikan islam daerah Tambunan.mesyuarat dipengerusikan oleh Us Mohd Yassin Selaku Penyelaras Unit Pendidikan Islam , Pejabat Pelajaran daerah Tambunan.Beberapa ketetapan telah dicapai dalam mesyuarat tersebut diantaranya Perlantikan Tuan rumah selaku pengerusi pengelola ( Zon utara / SMK Desa Wawasan telah diberi amanah selaku tuan rumah ) , Tarikh dan masa perlaksanaan dan beberapa perkara yang berkaitan. Sebelum itu laporan perlaksanaan telah di sampaikan oleh us nasir ( SMK Tambunan ) selaku wakil pengerusi pengelola pada tahun lepas.Secara keseluruhannya perlaksanaan pada tahun lepas berjalan dengan lancar dan sempurna.Apa yang diharapkan adalah kerjasama yang jitu dari semua GPI daerah Tambunan dalam melaksanakan program ini akan membuahkan hasil yang membanggakan.marilah sama-sama kita berganding bahu dalam menjayakan MTQ daerah pada tahun ini.Mudah-mudahan Allah S.W.T mempermudahakan segala urusan dan perjalanan program ko-kurikulum pendidikan Islam pada kali ini.Terima kasih pada semua GPI yang hadir dan menunjukkan komitmen serta mengutarakan idea2 / cadangan yang bernas dalam usaha memartabatkan anak bangsa , memartabatkan profesion perguruan lebih-lebih lagi Guru pendidikan Islam. Syukran.....