25 januari 2010 , umurku meningkat lagi.... dengan kata lain , kematian semakin hari semakin menghampiri.amal ibadat pula seakan2 tidak berganjak dan tidak bergerak sepantas umur yang sentiasa berlari laju tanpa menoleh kebelakang.Penglihatan mata hati masih lagi kabur dan tidak celik sehebat mata kasar yang sentiasa membulatkan pandangan terutama berkaitan dengan duniawi.Sampai bila mata hati ini akan terus buta dan alpa tanpa dihiasi dengan "operation" pembersihan dari daki2 maksiat.kekadang muhasabah diri untuk berubah hanya menjadi permainan bila tiba hari ulangtahun kelahiran , tahun baru dan sebagainya.Teringat aku pada kehebatan Imam Syafie , beliau sudah menggunakan tongkat ketika umur sekitar 40an.Sedangkan pada waktu itu beliau masih lagi gagah dan tegap.namun begitu apabila ditanya , beliau menyatakan bahawa tongkat tersebut bukan untuk membantunya berjalan tetapi ianya sebagai alat untuk mengingatkan dirinya bahawa beliau sudah tua dan hampir kepada kematian.Begitulah hebatnya pemikiran ilmuan unggul yang celik mata hatinya.Berbeza dengan keadaan kita pada hari ini seolah2 takut dengan peningkatan usia.Takut dalam keadaan tidak mahu berubah.Benarlah kata-kata hukama': orang yang berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik dari semalam , orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan semalam , manakala orang yang celaka adalah orang yang pada hari ini lebih buruk dari semalam.Kita sentiasa memandang dengan pandangan nafsu yang melebihi segala-galanya.... masih lagi berpendapat muda hanya sekali..... enjoy , enjoy dan terus enjoy. Pandangan nafsu sentiasa memberi pandangan dan nasihat ke arah kejahatan.Saidina Ali pernah berkata : manusia ketika hidup adalah tidur , bila mereka mati baru mereka terjaga ( sedar ). Sekali tengok pandangan ini seoalah2 pelik , namun bila dihayati , sememangya kata-kata ini ada benarnya. bila mati baru nak menyesal , meminta izin dari Allah untuk kembali kedunia walaupun sekejap untuk beribadah kepada Allah.Semasa di dunia , yang dikejar adalah dosa dan yang dihindari adalah pahala.Kita banyak termakan dengan pujukan dunia yang sementara , pandangan nafsu semata-mata...Bila meningkat usia , pelbagai cara di cari , rambut putih ( beruban ) diubah warnanya , muka berkedut ditarik tegang , dan pelbagai cara lagi bagi menyembunyikan diri dari hakikat yang sebenar..... bermacam cara diguna...... sehingga tergamak menggunakan benda-benda yang terlarang dan haram... semata2 untuk nampak cantik didunia yang sementara. Sedangkan Allah telah menjanjikan habuan yang begitu hebat di sana yang tidak akan tua selama-lamanya.namun tawaran tersebut tidak di endahkan lantaran kotor dan butanya mata hati.Kita perlu tahu dan sedar kita adalah hamba Allah.Setakat tahu saja tidak memadai bahkan perlu sedar.Tahu letaknya pada akal sedangkan sedar letaknya di hati.
Mudah2an tuilisan ini mampu memberi kesedaran pada diri penulis dan juga bagi sesiapa yang membacanya.......mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan orang yang celaka ..Na'uzubiLlahiminzaalik. WALLAHU A'LAM
Catatan : Kenarimas @ Ibnuarifin-Abumasmerah.
4 ulasan:
-
Wslm w.b.t
Terima kasih byk2 di atas sokongan yang telah diberikan erkita kpd Ibnuarifin.panduan , pengalaman dan tunjuk ajar amatlah diperlukan.maklumlah saya budak baru belajar , bertatih pun belum cekap,lebih2 lagi dalam medan penulisan yang memerlukan kreativiti , semangat dan pelbagai teknik dan cara bagi melicinkan lagi penulisan dan nukilan.Mudah2an dipermudahkan jalan olehNya....Amin. Terima kasih juga diatas doa yang telah dipanjatkan , mdh2an dimakbulkan....Amin
-
Salamun 'alaik...awwalan..Tahniah krn sdh ada blog sendiri...ssgguhnya ia adalah slh stu cabang dakwah..teruskan..MABRUUK 'ALAAIK...
thani...Slamt hr lhr ke...???..mdh2n peningkatan umO seiring dgn peningkatan amal..iALLAH..
thalis..satu perkongsian ilmu yg cukup menyentuh qalbu..bnyk manfaat yang diperolehi...
-
salamun 'alaik
awwalan..TAHNIAH..dah berjaya ada blog sndri...ssgghnya ia adalah salah stu dr cabang da'wah...teruskan..mabruuk 'alaik..
thani..slamat hari lahir ke ..??? moga peningkatan usia seiring dgn peningkatan amal..ameen...
thalis..Satu perkongsian ilmu yang ckup menyentuh qalbu..bnyk manfaat yg diperolehi...
Assalamu 'alaykum wbt,
Tahniah dan tahniah sekali lagi! Kelahiran blog IBNU ARIFIN amat dialu-alukan. Pengisian bersantai dengan bahasa yang mudah dan indah dalam blog ini bersigat mesra pengunjung. ERAKITA mendoakan agar blog ini akan terus menyerlahkan sinarnya.
Menulis dalam blog sesungguhnya mampu meningkatkan kreativiti penulisan, menjana lebih banyak maklumat dan menajamkan pemikiran.
ERAKITA juga mengucapkan selamat hari lahir kepada IBNU ARIFIN. Semoga sisa umur yang ada dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya menurut keredhaan Allah s.w.t.
Terimakasih
Salam