Titipan kesedaran buat suami , isteri , bakal suami dan isteri....mudah-mudahan dapat dijadikan panduan dan pedoman.....kerana kita selalu terlupa.....
WAHAI SUAMI ,
* Taati dan cintailah Allah dan Rasulnya
* Ketahuilah bahawa kamu mendirikan rumahtangga hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah dan bukan untuk melepaskan nafsu semata-mata
* Nasihatilah isterimu dengan cara yang baik
* Layanilah isterimu dengan baik kerana sebaik-baik diantara kamu adalah orang yang paling bersikap lemah lembit terhadap isterinya
* Hiasilah dirimu untuk isterimu sebagaimana kamu suka ia menghiasi dirinya untukmu
* jagalah perasaannya dan janganlah memuji wanita lain dihadapannya dan jangalah mengejinya di hadapan orang lain
* Bertimbang rasalah kamu dan jangan menurut sesuatu yang diluar kemampuan isterimu
* Ketahuilah bahawa Rasulullah tidak pernah memukul isteri-isterinya, seandainya kamu terpaksa elakkanlah dari pukulan yang menyakitkan
* jangalah kamu terlalu menurut kemahuan isterimu yang melampaui batas kerana ini akan merosakkan akhlaknya dan menjatuhkan kewibawaanmu
* Bersabarlah atas kelemahan isterimu kerana kamu mungkin membenci sesuatu yang Allah menjadikan kebaikan yang banyak kepadanya.
Namun..... Kadang-kadang kita terlupa , sengaja atau terlalu ego...... menjadikan isteri sebagi orang gaji dan hamba abdi yang terpaksa akur pada segala perintah dan hukuman.Sedangkan sedikitpun tidak cuba memahami dan menyelami perasaan isteri yang bernama wanita........
WAHAI ISTERI ,
* Taati dan cintailah Allah dan Rasul
* Utamakanlah hak suamimu lebih dari hak-hak yang lain melainkan hak Allah dan rasulnya
* Sentiasalah bersikap malu dan taat kepada suamimu serta berilah perhatian ketika ia bercakap disamping menghormatinya
* Berpuashatilah dengan rezeki yang telah diperolehi olah suamimu dan saudara maranya
* Muliakanlah ahli keluarga suamimu dan saudara maranya
* Tumpukan perhatian kepada kewajipan dan urusan dalam rumahtanggamu
* Jagalah perasaan dan maruah suamimu
* Hiasilah dirimu untuk suamimu sahaja
* Janganlah merasa bangga terhadap suamimu tentang harta , kecantikan dan keturunanmu
* Janganlah keluar daripada rumahmu melainkan dengan izin suamimu....
Ingatlah .....Ketaatanmu ( dalam perkara kebaikan , bukan kejahatan ) kepada suamimu penentu tempatmu di akhirat sana.......
" ALLAHUMMA ROBBANA HABLANA MIN AZWAAJINA WA ZURRIYYAATINA QURRAT A'YUN WAJ'ALNA LILMUTTAQIINA IMAAMA ...... AMIN YA ROBBAL ALAMIN..."