piala rebutan dunia , piala akhirat siapa mahu rebut ?


Salam ,


Tak kira di mana anda berada , diceruk mana anda tinggal , setinggi mana anda mendaki dan serendah mana anda turuni , tiada kalimah lain yang kedengaran kecuali " bola , bola dan bola ". Bulan ini dan bulan depan bukannya bulan jun atau julai.jauh sekali bulan Rejab.akan tatpi nama bulan ini adalah " bulan bola ". makan bola ,minum bola , tidur bola , mandi bola hatta zikir pun tersebut bola.jam 2.30 pagi masa "bertahajjud bola".Solat sunat tahajjud sudah ditinggalkan.padahal tak pernah buat pun sebelum ni.Tiba-tiba je bulan ini boleh plak bangun jam 2.30 pg untuk bertahajjud bola.Bulan Ramadhan pun tak macam ni.Hebat...hebat...hebat.... kecil , besar , tua , muda ........sama naik , sama bola.... kedai kopi , pejabat , sekolah sehinggakan di masjid pun bunyi bola.nasib baik khutbah jumaat tak baca tajuk " khutbah bola ". Dipadang bola lagilah ......memang BOLA... Salah ke tengok bola....? Siapa kata salah ? tak salah.... cuma kalau cara tengpk bola salah...maka salah le....maksudnya ..... fikir2 la.....sendiri...
Tips menonton " piala dunia "
  1. Jangan terlalu taksub
  2. Jaga lidah , jangan kerana bola , kita mendapat dosa akibat cacian dan cercaan kepada pemain-pemain yang tidak dapat menjaringkan gol
  3. Jangan lupa solat.terutamanya solat subuh . kalau boleh tengok bola jam 2.30 pagi dimulakan dengan solat tahajjud.Amacam.boleh ke ?
  4. Jangan sampai mengabaikan tanggungjawab kepada Allah , Keluarga , masyarakat dan pekerjaan kita.jangan pulak bulan ni asyik memanjang je m.c
  5. yang penting jangan la pulak " berjudi " dengan kehadiran piala dunia.Ingat...judi tetap haram walaupun lesen diberikan oleh Kerajaan. Allah yang hukumkan haram..... jadi manusia jangan pandai-pandai plak bagi ' lesen halal " untuk berjudi...
  6. Akhir sekali , jangan judi jangan judi jangan judi jangan judi ( Taukid je ni... )

Sama-sama la muhasabah...semua minat bola tapi perlu ada had dan batasan . alangkah bagus kalau kita ingat Allah dan Rasul. ambillah bola sebagai pengisi masa terluang dan jangan pula terjerumus kearah ketaksuban dan kefanatikan yang melampau sehingga lupa batas-batas agama.......Syukran...Tiada kena mengena dengan makhluk lain...hanya untuk ingatan dan muhasabah diri sendiri yang sentiasa lalai.....Wallahua'lam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Man ana

Foto saya
tambunan, sabah, Malaysia

Cari Blog Ini

Syahadah

Asmaaul Husna

Mutiara Iman

Takwim Islam

Putaran Masa

Takwim

Al-ulama' warasatul Anbiya'

Al-ulama' warasatul Anbiya'

Tinta Ulama'

Tinta Ulama'
Kata Luqmanul Hakim : Wahai anakku , Janganlah kamu menjadi lebih lemah daripada ayam jantan yang berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau masih lagi terbaring tidur di atas katil...

Dalam kenangan

Dalam kenangan
Al-Fadhil Tuan Guru Us Hj Ahmad Darbi b Lubis

katogeri

Titipan Ukhuwwah


ShoutMix chat widget

Kunjungan Mahabbah

Ashaabi

Blog Archive