Acara isi air dalam botol untuk cucu - cucu Tok Ali
Tanggal 24 November 2011 , bertempat di Sweet Beach Resort , Tok Bali , Pasir Putih , Kelantan ,sekali lagi seluruh ahli keluarga Tok Ali ( Allahyarahan Pak Tih Ali ) berkumpul bagi sama-sama meraikan acara tahunan hari keluarga kali yang ke-3.Sambutan dari seluruh anak , cucu dan cicit amat mengalakkan dan penyertaan pada kali ini adalah yang paling ramai.
Objektif utama diadakan hari keluarga ini adalah untuk mengeratkan hubungan satu sama lain. disamping itu juga adalah untuk mengenali kemasukan ahli keluarga yang baru seperti kelahiran cucu dan cicit baru , menantu baru dan sebagainya.
banyak program yang telah diatur dan dapat dijalankan dengan lancar seperti
1. majlis bacaan Yaa Sin , solat hajat , tahlil arwah dan tazkirah ringkas ( Disampaikan oleh Pak Uda )
2. Sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa
3. Futsal pantai
4. Bola tampar pantai
5. bola baling
6. Polo air
7. Pertandingan berenang / menyelam
8.tarik tali.
Diantara keluarga yang terlibat adalah seperti berikut :
1. Keluarga Pak Uda & Mak Uda ( 6 orang )
2. Keluarga Ayah Pin & mak cik ( 11 orang )
3. Keluarga Ayah Chik dan mak nah ( 6 orang )
4. Keluarga Ayah Him & mek Pesah ( 15 orang )
5. Keluarga Ayah Lie & mak jah ( 3 orang )
6. Keluarga Abe Lie & kak Ani ( 4 orang )
8.Keluarga Mak su ( ( 5 orang )
9. Keluarga Mak Nab ( 3 orang )
10. keluarga kak sarah ( 15 orang )
Adalah diharapkan pada masa akan datang penyertaan terutama dari cucu dan cicit yang belum pernah menyertai hari keluarga ini dapat membuat perancangan awal dan meluangkan sedikit masa untuk sama-sama menyertai hari keluarga ini agar benih tautan kasih yang disemai oleh Allahyarham Pak Tih Ali semasa beliau masih bersama kita dahulu dapat diteruskan.Mudah-mudahan seluruh ahli keluarga dapat kenal dengan lebih rapat dan mesra.InsyaAllah pada tahun hadapan hari keluarga kita akan menjelajah ke Terengganu..... Apa2 pun sama2 kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Tok kesayangan kita , Allahyarham paktih Ali atau panggilan mesra anak cucu " Cik Ali ".Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan para solihin dan Anbiya'.....dan ditempatkan ditaman-taman syurga...amin...
INSYAALAH JUMPA LAGI TAHUN DEPAN !!!!!!!!!!
.
.