Assalamualaikum ,

Malam tadi saya berkesempatan mengikuti satu perbincangan halaqah di TV9 jam 9.30pm bertajuk " Bencana Ya'juj dan Makjuj ". Satu topik yang menarik untuk diikuti yang membariskan ust Syukri sebagai moderator , Dr Danial dan Mohammad Alexander sebagai ahli panel.Gandingan yang mantap , huraian jelas , fakta menarik , visual kemas dan dkuatkan dengan hadis-hadis Rasulullah Sallallahualaihiwasallam.Sedikit intipati yang dapat dikongsi bersama , Ya'juj dan ma'juj atau disebut juga dengan istilah "Gog and Magog" merupakan satu bangsa yang ganas dari kalangan manusia yang akan muncul menjelangnya kiamat.Satu bangsa yang diistilah sebagai "berhidung peset" dan "bermata sepet" akan menyerang manusia dikala manusia tidak lagi dapat bergantung kepada teknologi tinggi.Dengan kata lain dimasa kehidupan akan bertukar menjadi primitif.Golongan ini berasal dari utara asia yang akan muncul selepas kejayaan Nabi Isa membunuh Dajjal.Mereka adalah golongan yang teramat ganas yang akan memancung kepala dan akan meminum darah mangsanya.Menurut Dr Danial , dikala itu Nabi Isa sendiri pun tidak mampu megalahkan golongan ini sehinggakan meminta pertolongan dari Allah Subhanahuwwataala.Lalu Allah menurunkan sejenis serangga ( juga diistilah sebagai virus oleh ahli panel ) yang akan menyerang bahagian tengkuk dan tulang belakang ya'juj dan makjuj sehingga mereka semua mati dan seluruh bumi ini akan dilitupi dengan bau busuk sehinggalah Allah menurunkan hujan bagi membersihkan bangkai golongan ini.Sebenarnya ( mengikut ahli panel ) golongan ini telah wujud , namun menunggu masa yang sesuai untuk melakukan serangan.Mafhum hadis nabi mengatakan mereka akan turun dari tempat yang tinggi.Dr Danial menyatakan bahawa turun dari tempat yang tinggi ini bermaksud golongan ini berada dipuncak kekuasaan untuk menguasai dunia.satu perkara lagi yang menarik perhatian ialah tanda besar berlakunya kiamat adalah dengan keluarnya asap ( Dukhan ) dari bumi.Mohammad Alexander menyatakan bahawa pada satu masa nanti , meteor akan menghentam bumi dan dikala itu akan berlaku kebakaran yang besar dan asap dari meteor tadi akan memenuhi atmosfera.Oleh kerana itu banyak teknologi canggih yang digunakan sebelumnya sudah tidak dapat dimanfaatkan lagi.dan ketika itu berlaku kebuluran dan kelaparan yang teramat sangat bagi pendduduk bumi lantaran kurangnya bekalan makanan.Pada masa itulah ya'juj dan makjuj akan menyerang dan membuat kerosakkan dimuka bumi.Perlu diingatkan ( menurut Dr Danial ) Ya'juj dan makjuj itu bukanlah dari golongan jin atau makhluk asing samaada dari bawah tanah ( seperti yang didakwa sebelum ini ) atau dari planet lain.Bahkan ianya adalah manusia biasa sama seperti kita , cuma mereka dilahirkan untuk membuat kerosakan dimuka bumi.......Wallahua'lam. Mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah Subhanahuwwataala.....

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama says:

    Perkongsian ilmu yg ckup bermanfaat...mdh2n ruangan tazkirah sprt ini di perbanyakkan setiap masa...buat peringatan bg yg lupa

  1. kenarimas says:

    Syukran....Fazakkir inna zzikraa tanfa'ul mukminin....

Catat Ulasan

Man ana

Foto saya
tambunan, sabah, Malaysia

Cari Blog Ini

Syahadah

Asmaaul Husna

Mutiara Iman

Takwim Islam

Putaran Masa

Takwim

Al-ulama' warasatul Anbiya'

Al-ulama' warasatul Anbiya'

Tinta Ulama'

Tinta Ulama'
Kata Luqmanul Hakim : Wahai anakku , Janganlah kamu menjadi lebih lemah daripada ayam jantan yang berkokok pada waktu pagi sedangkan engkau masih lagi terbaring tidur di atas katil...

Dalam kenangan

Dalam kenangan
Al-Fadhil Tuan Guru Us Hj Ahmad Darbi b Lubis

katogeri

Titipan Ukhuwwah


ShoutMix chat widget

Kunjungan Mahabbah

Ashaabi

Blog Archive